Monday, August 27, 2012

CORNFLAKE MADU

Bahan-bahannya
Cornflake - 2 kotak
Madu - 1 1/2 cawan
Gula - 1 cawan
Majerin Planta - 1 cawan
Peanut Butter - 1 1/2 cawan
Cup Kertas - secukupnya

Cara-caranya
Panaskan majerin sehingga cair.
Masukkan gula dan madu.
Kacau perlahan lahan sehingga gula hancur.
Masukkan peanut butter.
Kacau perlahan.
Masukkan cornflake ke dalam bekas besar.
Masukkan sedikit demi sedikit bahan-bahan yang dimasak tadi ke dalam bekas cornflake.
Kacau perlahan lahan sehingga rata dan sebati antara kedua-dua bahan.
Gunakan sudu kecil untuk masukkan cornflake ke dalam cup kertas.
Taburkan hiasan biskut mengikut kreativiti.
Bakar di dalam oven dalam 5 minit.

Tips
Nisbah antara gula, madu dan peanut butter boleh diubahsuai bergantung kepada individu kerana selera setiap individu berbeza.

No comments:

Post a Comment