Monday, April 5, 2010

TENTANG DHIYA

Dhiya dan Azril..
novel yang bergaya santai..
memang sesuai dibaca oleh semua peringkat umur..

perasan cinta itu kadang kala datang tanpa disedari..
menafikan perasaan adalah satu tindakan yang menyakitkan..
jangan biarkan sesuatu itu tamat tanpa penghujung..

forgive and forget..
or..
forgive but not forget..

Sunday, April 4, 2010

ayat best

"sebaik baik manusia ialah orang yang boleh menyesuaikan diri dengan orang orang yang teruk perangainya sampai dapat mengubah perangai orang itu menjadi lebih baik"

aku jumpe ayat ni dalam facebook adik aku..
sejak bila dia pandai menulis macam ni aku pun tak tau..
maybe nak ikut jejak langkah kakak die yang suka bermadah agaknya..
hahahah...

tapi ayat ni macam ayat dari alim ulama..
sebab aku macam pernah terbaca...
dalam salah satu buku cerita berunsurkan agama...
masa aku sekolah rendah dulu...
yang membawa maksud lebih kurang sama..
dengan ayat ini..

whatever pun..
ayat ni memang memberikan satu maksud yang mendalam...
yang memerlukan kita insan yang kerdil ini memikirkannya...

Friday, April 2, 2010

nama dalam hidup

inilah adalah antara nama nama yang penting dalam hidup aku selepas mak dan ayah aku. aku tak dapat bayangkan hidup aku tanpa insan insan ini. walaupun aku tahu aku tak pernah menunjukkan rasa sayang kepada mereka tapi ketahuilah sesungguhnya hidup aku sunyi dan tidak bermakna tanpa mereka.

Thursday, April 1, 2010

5 tahun 5 bulan

inilah novel hlovate pertama yang aku beli..
cerita mengenai johanna yang belajar menjadi dewasa..
kita akan lebih banyak belajar melalui masa..
dan banyak lagi benda yang perlu dipelajari diluar silibus pelajaran...

hlovate..

5 tahun 5 bulan; novel pertama yang mengenalkan aku dengan penulis yang bernama hlovate..
masih aku ingat macam mane aku boleh terbeli novel ini..
dan memang pilihan aku waktu itu untuk membeli novel ini tidak sia sia..
walaupun pada mulanya aku sendiri tidak yakin dengan jalan ceritanya..

gaya penulisan yang ringkas dan bersahaja membuatkan aku makin teruja untuk terus membaca..
walaupun ada banyak terms yang digunakan tidak aku fahami..
jalan ceritanya yang segar dan tidak pernah digunakan dalam mane mana novel yang aku baca sebelum ini...
dari novel ini jugalah aku telah menjadi die hard fan dengan penulis ini..

dalam penulisannya, penulis tidak hanya membuai pembaca dengan kisah semata mata..
tetapi dalam ceritanya mempunyai banyak info jika diamati..
unsur unsur dakwah dan nasihat juga banyak diselitkan didalam ceritanya..
ini membuatkan cerita cerita penulis tidak kosong...

hingga kini penulis telah berjaya mengeluarkan sebanyak 5 buah novel dan 2 cerita pendek..
dan aku tidak pernah ketinggalan untuk memiliki karyanya..
bukan satu tetapi dua..
kerana keluarga aku juga meminati karya penulis ini...

kali pertama...

12.20 p.m
1 April 2010
Thursday