Sunday, April 14, 2013

EXAM PTD

semalam 13 April 2013
aku telah mengambil peperiksaan PTD
(pegawai tadbir dan diplomatik)
di Sek Men Keb Yaacob Latif, Jalan Peel..

peperiksaan ni di bahagi kepada empat bahagian..
bahagian A - pengetahuan am
bahagian B - daya penyelesaian masalah
bahagian C - esei bahasa melayu
bahagian D - esei bahasa inggeris


so far soalan dia takla susah mana..
cuma as a calon aku yang susah nak bagi jawapan..
meh aku cerita part by part..
hehheehe

untuk part A..
alhamdulillah semua soalan aku dapat jawab..
cuma betul atau salah je la jawapan yang aku bagi..
sebabnya untuk part ni banyak benda yang aku tak baca..
ye la.. nama pun pengetahuan am atau umum..
memang umum la soalan dia..
dan jawapan yang aku bagi pun mengikut apa yang aku tau..
hihiih..
tapi dari soalan soalan untuk part A..
baca dan fahamilah dasar dasar kerajaan..
sama ada yang baru atau yang lama..

untuk part B
part ni merupakan part yang aku paling suka..
tapi sayangnya aku tak sempat nak jawab semua soalan dia..
salah satu sebabnya aku telah terlupa..
apa itu mod,median dan min..
huhuhu..
silibus matematik tingkatan 3 tu..
sayang gila..

untuk part C
part ni ada 3 soalan tp kene jawab 1 je..
makanya aku pilih soalan yang paling umum..
pasal media sosial..
sebenarnya bagi aku.
lagi general soalan..
lagi susah pemarkahannya..

untuk part D
ini adalah part yang paling susah bagi aku..
even english aku tak la teruk sangat masa spm
tapi aku tau grammer aku ke laut..
makanya hentam sajalah labu..

tapi aku realise something..
masa aku tengah study untuk exam ni..
sebenarnya aku suka belajar subjek sejarah..

Monday, April 8, 2013

LAMA TAK JUMPA



ni la aktiviti aku semalam..
pergi jumpa my best ever friends..
fazela dan fina..

kami telah berkawan sejak dari sekolah menengah..
yang bila di kira..
rupa-rupanya dah lebih 10 tahun kami berkawan..
lamakan..

kami bertiga memiliki personaliti yang berbeza..
tapi kami serasi bersama..
alhamdulillah..

kalau nak diikutkan..
walaupun kami kawan baik..
berasal dari daerah yang sama..
rumah pun takdelah jauh mana..
tapi kami memang jarang berjumpa..
biasanya kami berjumpa hanya pada waktu hari raya..

dan semalam setelah beberapa bulan tak bersua muka..
(rasanya last jumpa fazela raya puasa yang lepas)
(fina pulak baru jumpa februari lalu sebab ada mintak tolong dia sikit)
kami bertiga bersua kembali
(ceh..macam jejak kasih je)

dan gambar inilah kenangan kami semalam..
lama jugak kami lepak bersama..
(adalah 5 jam)
dan menyebabkan aku jadi mamau kat ofis tadi..
huhuu..
whatever pun aku rasa happy sebab dapat jumpa dua manusia ini..
peace yo...

Monday, April 1, 2013

CORPORATE SONG

aku ni bukan lah seorang yang sangat patriotik..
tapi aku rasa tak salah untuk menghormati apa yang ada..
yang melambangkan semangat patriotik..
(apa aku merepek ni??)

kat sini aku nak share la..
corporate song tempat aku kerje sekarang..
takde la sedap sangat..
tapi bila lama lama dengar..
makin sedap pulak kat telinga ni..

aku letak la dua dua version kat sini..
kalau korang nak tau..
ni la lagu aku aku dengar tiap pagi..
kat tempat kerja..


so enjoy....


 
ENGLISH VERSION WITH LYRIC
 
 
 
VERSI BAHASA MELAYU

ADUH TERKENE

masa mula-mula dengar lagu ni..
aku terus minat..
arrengment music dia aku suka..
dan aku tak pernah ambik pusing lirik dia..

hinggalah malam ni..
bila aku search official music video..
aku meneliti bait-bait liriknya..
dan aku terkesima seketika..
(poyo betul ayat)

aku rasa lirik tu kene dengan apa yang aku rasa sekarang..
walau tak 100%..
tapi memang terasalah..
huhuhu..

so dengarkanlah
5.00 minit by ramlah ram