bermakna dah 19 hari umat islam malaysia berpuasa..
dan ini bermakna selepas ini..
akan meriahlah persekitaran kita..
dengan dendangan lagu raya..
memandangkan hari ini hari ahad..
aku pun takde keje..
(buat-buat takde sebenarnya)
aku pun menulislah (menaip lagi tepat kot)
di blog ku ini..
(walaupun aku tak tau nak cerita apa)
owh..
aku dah tau..
aku nak cerita pasal iklan raya
dari petronas
tajuknya jahit
aku tengok video ni pada jumaat malam
26/07/2013
walaupun video ni tak sedih..
tapi air mata aku nak menitis..
(tapi tak keluar pun)
bila tamatnya video ni..
sebab apa aku touching tengok iklan ni?
mungkin sebab mak aku pun macam makcik ini..
cuma bezanya mk aku takde kedai..
dia menjahit kat rumah..
aku ingat lagi..
zaman mak aku masyuk menjahit..
(masa tu aku masih sekolah rendah)
dia akan buat kerja rumah yang berat je..
kerja rumah yang ringan..
contohnya menyapu, basuh baju..
dia bulat-bulat dia serah kat aku..
(anak sulong la katakan)
ada masa juga..
bila mana dia tak sempat nak jahit..
benda-benda simple..
contohnya..
jahit butang, gosok baju, pasang span..
dia akan mintak aku buat..
pernah sekali tu..
aku dapat upah rm50..
sebab tolong dia..
besar tu rm50 untuk budak umur 10 tahun..
tapi sayang..
takde sorang pun dari anak-anak mak aku..
yang mewarisi kemahiran menjahit dia..
even aku..
orang keliling pernah cakap..
rugi kalau aku tak belajar menjahit..
tapi aku aku sempoi je cakap..
benda ni semua minat..
kalau dah tak minat..
tak boleh nak buat apa..
terima kasih wahai ibu..
kerana memahami kehendak anakmu ini..
jujur aku cakap..
seumur hidup aku..
99% baju kurung yang aku dan adik aku..
(termasuk baju melayu bapak dan adik-adik lelakiku)
adalah handmade dari mak aku..
pernah juga aku cuba tempah dengan orang lain..
tapi feel bila pakai baju tu lain..
maybe kalau dengan mak aku..
boleh directly cakap apa yang aku tak puas hati
(mak selalu cakap aku cerewet tapi rasanya adik aku lagi lebih)
dan dengan itu..
aku nak cuba..
dedikasikan kisah..
mak dan mesin jahitnya..
kat dalam cerita yang aku tangah nak tulis ni..
itu pun kalau tertulis la.. hiihi