Thursday, September 13, 2018

LAMA MENGHILANG

Dah bertahun meninggalkan blog ni..
Memang dah bersarang..
😂😂😂

Banyak benda dah jadi sepanjang blog ni sepi.
Ini macam ada rasa nak menulis balik.
Tapi tak tau la selama mana kekuatan nak menulis ni ada.
🤣🤣🤣🤣

PERTUKARAN STATUS





02.03.2018
Hari pertukaran status.
Dari single ke double.
🙊🙊🙊

Perkenalan singkat yang tak dijangka begini pengakhirannya.


Satu nukilan hati buat si dia

Di saat pertama kali aku menerima salam perkenalan darimu
Tidak aku duga hubungan itu akan pergi sejauh ini
Berhubung tanpa pernah bersua muka
Berhubung tanpa pernah mendengar suara
Namun hari demi hari kita terus berhubung
Hingga muncul rasa senang di hati ini
Walhal aku tahu ada seseorang yang sedang menunggumu
Kepada yang Esa aku panjatkan doa
Bantu aku untuk memahami perasaanku waktu itu

Wednesday, January 20, 2016

KAU DAN KAWAN AKU 2

You know what..
To be honest, i really hope that you and her to be together..
Even she is not the only one but your action shows that you are seriously love her..
You can draw a smile on her face..
Please don't break her heart again..
If you know how she suffered because of you..
I believe that you will not do what you have done to her..
I know..
My hope is very selfish but we don't know what will happen in future..
And if my hope is not happen..
Please pray for her happiness..
I beg you..

Tuesday, September 29, 2015

WATAK

Alangkah indahnya hidup..
Menjadi Alang dan Nuha..
Berjumpa tanpa dirancang..
Berkasih tanpa diduga..

Bertuahlah hidup..
Menjadi Benz dan Addin..
Walaupun pernah ada benci..
Namun mampu bahagia diakhirnya..

Azril dan Lisa..
Dua karekter yang berlainan..
Namun bersatu atas satu rasa..
Itulah ajaibnya cinta..

Min dan AO..
Pernah saling kehilangan..
Namun atas kesabaran..
Takdir itu milik mereka..

Jade dan Trisy..
Bertemu atas kebetulan..
Saling menyokong antara mereka..
Kerana mereka berdiri di atas kapal yang sama..

Wednesday, September 16, 2015

SNOW BLUEBERRY CHEESE CAKE

Kek
100g - Tepung superfine
60g - Tepung jagung
6 biji - Telur (2 daripadanya hanya kuning telur)
100g - Gula kastor
1 sudu teh - Baking powder
2 sudu teh - Ovellete
50g - Air sejuk
75g - Mentega (Dicairkan)

Filling
250g - Cream cheese
5 sudu - Susu pekat

Cara-cara

Kek
1. Pukul telur hingga kembang.
2. Masukkan gula kastor dan pukul hing sebati.
3. Masukkan ovallete dan air sejuk.
4. Masukkan tepung superfine, tepung jagung dan baking powder yang telah dicampur sejak awal sedikit demi sedikit.
5. Pukul semua bahan hingga gebu dan sebati.
6. Masukkan mentega yang telah dicairkan kedalam aduan sebelum adunan dimasukkan ke dalam loyang.
7. Bakar adunan pada suhu 140°c selama 45 minit.
8. Setelah kej sejuk, belah kek kepada dua bahagian.
Sapukan blueberry filling di tengah sebelum cantumkan kembali bahagian kek tadi.

Filling
Putar cream cheese dan susu pekat hingga sebati.
Sapukan di keliling kek.
Untuk hiasan parutkan keju di atas kek.


Tuesday, September 15, 2015

SATU RASA

Pernah rasa tak..
Nak kenal dengan orang tu
Tapi rasa malu..
Nak tanya lebih lebih..
Takut orang cakap..
Hidung tak mancung
Pipi tersorong sorong..

Hai la rasa nak tau..
Tolong la pergi..
Masanya akan tiba juga nanti..
Doa la yang baik baik..

Tapi dalam pada nak suruh rasa tu pergi..
Tanya jugak..
Memang panas la muka..
Nasib bukan tanya berdepan..
Itupun mukadimahnya punyalah panjang..

So..
Dah tau kan..
Lepas ni harap rasa tu boleh pergi..

Monday, September 14, 2015

HAI AWAK

Hai awak..
Sampai hati awak tak reply whatsapp saya..
Whatsapp nak kenal dengan awak..
Awak takut saya nak mengorat awak ae..
Jangan takut la..
Saya cuma nak berkawan..
Tapi kalau awak dah ada awek..
Takpe lah..
Saya paham kenapa awak tak reply..

Sebenarnya saya takde la suka sangat kat awak..
Tapi tiba-tiba saya berminat nak kenal dengan awak..
Sebab ada orang marketkan awak baik punya kat saya..
Hahahaha
Siapa orangnya?
Biarlah rahsia


#kepalamasukair #hanyasukasukaje #janganambikhati