Saturday, December 18, 2010

KENANGAN TERINDAH III




KENANGAN TERINDAH II





KENANGAN TERINDAH






B.E.F.



xtau knp aku suka sangat pic ni walaupun pic ni dah lama..ye la ini pic masa aku konvo diploma dulu..masa tu memang xsangka yang makhluk Tuhan berdua ni akan datang.. siap belikan bunga lagi..(hahaha,,padahal pagi2 lagi mak aku dh call dieorg mintak bwkkan bunga..bunga petik tepi jalan pun xpe kata mak aku) malah siap abk cuti lg.. terharu sungguh atas semangat setia kawan yg dieorg tunjukkan.. huhu..



tahun ini genaplah 10 tahun perkenalan kita org.. harapnya persahabatan kitaorang akan berkekalan sampai bila bila..

love both of you..



lagu ni aku dedicated kat korg..

tajuknya: terbang tinggi..





TERBANG TINGGI

JAUH SUDAH KITA MELANGKAH

PELBAGAI HALANGAN DIREDAH

DEMI NAMA MENGEJAR CITA YANG DIIMPI BERSAMA

DULU SEIRING BERTIGA

KINI HALUANKU BERBEZA

NAMUN ROHANIKU MASIH MERASAKAN BIMBINGANMU BERKEKALAN

BILA DUNIA TAK SEINDAH

BILA LANGIT TAK SECERAH

DAN BILA RIBUT MELANDA… KAU SINARKAN SEGALA

WALAUTAK DIBIBIR KAN TAPI DI HATI

KAU BERDUA BAGAIKAN SEPASANG SAYAP

UNTUKKU TERBANG TINGGI

USIA TELAH MENGUBAH KITA

KEMATANGAN DAN PENGALAMAN TELAH BANYAK MENGAJARKU

MENDUKUNG ERTI BERSAUDARA

TAKTALA KU BERAIR MATA… KAU UKIR SENYUMAN CERIA

MENJAMIN ESOK PASTI AKAN MENANTI HAJAT DALAM HATI

TIKA KU DI PUNCAK DUNIA… TIKA NAMAKU DI PUJA

TAK PERNAH KAU KU LUPAKAN DISEBALIK KEJAYAAN

WALAU TAK DIBIBIR KAN TAPI DI HATI

LIDAH KU TAK TERUCAP SAYANG YANG KURASAI

KAU BERDUA BAGAIKAN SEPASANG SAYAP

UNTUKKU TERBANG TINGGI



Tuesday, December 14, 2010

SWEET SOUR


Ni novel yang aku baru je abis baca ari ni.. I took about 6 hour to finish this novel.. Kira cepat jg la aku khatam. (chait,, cuba la baca quran pn semangat mcm ni)

novel ni mmg ckp rasa sweet sour.. mengenali watak zarul dan joe jambul, mmg dua dua ada rasa sweet n sour..

zarul - sweet masa bercinta dgn alia dr zaman kolej hingga zaman bekerja.. sour bila dia terlalu mudah untuk melepaskan alia hanya kerana dia tidak kukuh berpendirian..

joe jambul - sweet bila dia sanggup menunggu alia yang baru hendak belajar menyintai dirinya.. sour bila dia melakukan perkara yang agak kejam pada alia hanya untuk memastikan bahawa alia hanya menjadi miliknya..

penulis mmg ckp pandai untuk mewarnakan watak watak dalam novel ini untuk tidak menjadi terlalu sempurna..

tp yg paling best komen mak aku..
"novel ni memang sengal"
hahhaha

SWEET SOUR - NASZ

A – Yang manis, harum lagi wangi itu Zarul

“Kira orang ni taraf cincin gula-gula ni ajelah.”
“Sepuluh ringgit tu.” Sungguh-sungguh dia cakap.
“Berkira... baru sepuluh dah kecoh... bukannya seribu pun.” Aku jeling dia.
“Banyak cakap pula... kalau tak nak bagi balik.” Dia hulur tangan kiri.

Tak tahu pula macam ni punya seronok apabila dapat cincin... walaupun hanya cincin gula-gula.
“Ni kira orang ‘cuplah’ ni.” Sambung dia lagi.
Aku simpan senyum. Tak boleh senyum depan-depan ni, nanti dia perasan!


B – Yang pahit, masam, masin, payau itu Joe Jambul

“Bayar cincin ni.” Kata dia. Betul ke ni, apa yang aku tengah dengar ni.
“What?” aku terjerit di situ.
“Pay for this.” Relaks aje dia mengarah aku lagi.
“Okey... saya bayar!” Aku jeling dia.

Tapi kan, juling biji mata aku tengok bil RM10 000 kat Tiffany tu. Gila ke apa? Batu planet mana dia pakai buat cincin bodoh ni!

* * *

Kenapa Zarul dan Joe Jambul sangat berbeza di hati Lia?

Gali jawapannya dalam Sweet Sour. Karya NASZ ini sungguh warna-warni dan santai persembahannya, anda tentu terpesona!

Monday, April 5, 2010

TENTANG DHIYA

Dhiya dan Azril..
novel yang bergaya santai..
memang sesuai dibaca oleh semua peringkat umur..

perasan cinta itu kadang kala datang tanpa disedari..
menafikan perasaan adalah satu tindakan yang menyakitkan..
jangan biarkan sesuatu itu tamat tanpa penghujung..

forgive and forget..
or..
forgive but not forget..

Sunday, April 4, 2010

ayat best

"sebaik baik manusia ialah orang yang boleh menyesuaikan diri dengan orang orang yang teruk perangainya sampai dapat mengubah perangai orang itu menjadi lebih baik"

aku jumpe ayat ni dalam facebook adik aku..
sejak bila dia pandai menulis macam ni aku pun tak tau..
maybe nak ikut jejak langkah kakak die yang suka bermadah agaknya..
hahahah...

tapi ayat ni macam ayat dari alim ulama..
sebab aku macam pernah terbaca...
dalam salah satu buku cerita berunsurkan agama...
masa aku sekolah rendah dulu...
yang membawa maksud lebih kurang sama..
dengan ayat ini..

whatever pun..
ayat ni memang memberikan satu maksud yang mendalam...
yang memerlukan kita insan yang kerdil ini memikirkannya...

Friday, April 2, 2010

nama dalam hidup

inilah adalah antara nama nama yang penting dalam hidup aku selepas mak dan ayah aku. aku tak dapat bayangkan hidup aku tanpa insan insan ini. walaupun aku tahu aku tak pernah menunjukkan rasa sayang kepada mereka tapi ketahuilah sesungguhnya hidup aku sunyi dan tidak bermakna tanpa mereka.

Thursday, April 1, 2010

5 tahun 5 bulan

inilah novel hlovate pertama yang aku beli..
cerita mengenai johanna yang belajar menjadi dewasa..
kita akan lebih banyak belajar melalui masa..
dan banyak lagi benda yang perlu dipelajari diluar silibus pelajaran...

hlovate..

5 tahun 5 bulan; novel pertama yang mengenalkan aku dengan penulis yang bernama hlovate..
masih aku ingat macam mane aku boleh terbeli novel ini..
dan memang pilihan aku waktu itu untuk membeli novel ini tidak sia sia..
walaupun pada mulanya aku sendiri tidak yakin dengan jalan ceritanya..

gaya penulisan yang ringkas dan bersahaja membuatkan aku makin teruja untuk terus membaca..
walaupun ada banyak terms yang digunakan tidak aku fahami..
jalan ceritanya yang segar dan tidak pernah digunakan dalam mane mana novel yang aku baca sebelum ini...
dari novel ini jugalah aku telah menjadi die hard fan dengan penulis ini..

dalam penulisannya, penulis tidak hanya membuai pembaca dengan kisah semata mata..
tetapi dalam ceritanya mempunyai banyak info jika diamati..
unsur unsur dakwah dan nasihat juga banyak diselitkan didalam ceritanya..
ini membuatkan cerita cerita penulis tidak kosong...

hingga kini penulis telah berjaya mengeluarkan sebanyak 5 buah novel dan 2 cerita pendek..
dan aku tidak pernah ketinggalan untuk memiliki karyanya..
bukan satu tetapi dua..
kerana keluarga aku juga meminati karya penulis ini...

kali pertama...

12.20 p.m
1 April 2010
Thursday