Sunday, December 15, 2013

MIMPI DAN IMPIAN

dari pagi tadi aku cuba untuk memenuhi impian aku..
namun hingga kini tiada apa yang terhasil..
adakah semua itu hanya mimpi..
yang tak mungkin aku perolehi..

berpegang pada peribahasa..
dimana ada kemahuan disitu ada jalan..
akan ku cuba untuk memenuhi impian ku ini..
walaupun aku tahu ianya mungkin akan hanya jadi mimpi..

Saturday, November 30, 2013

KETIADAAN KERJA





hari ni end of november..
saje je aku uploadkan gambar-gambar ni..
takkan tak kenal kan..

kalau nak tau..
mereka ini mempunyai..
ciri-ciri lelaki idaman aku..
nak tau?
teka lah sendiri..

Sunday, November 17, 2013

TANPA DISEDARI

sekarang dah mid of November..
maknanya..
tanpa disedari..
hampir empat bulan..
tiada entri di blog ini..

bukan tiada cerita untuk ditulis..
cuma ada halangan untuk menulis..
terutamanya penyakit MALAS..
hehehhehe

hari ini aku akan cuba untuk menulis..
secara summary..
untuk setiap bulan yang aku miss kat blog ni..
walaupun aku tau..
takde sapa pun nak baca cerita aku ni..
tapi aku still nak menulis..
sebab aku menulis bukan kerana nama..
ahhahhahaa

Sunday, July 28, 2013

MEMORY

rupanya hari ni dah 28 July..
bermakna dah 19 hari umat islam malaysia berpuasa..
dan ini bermakna selepas ini..
akan meriahlah persekitaran kita..
dengan dendangan lagu raya..

memandangkan hari ini hari ahad..
aku pun takde keje..
(buat-buat takde sebenarnya)
aku pun menulislah (menaip lagi tepat kot)
di blog ku ini..
(walaupun aku tak tau nak cerita apa)

owh..
aku dah tau..
aku nak cerita pasal iklan raya
dari petronas
tajuknya jahit


aku tengok video ni pada jumaat malam
26/07/2013
walaupun video ni tak sedih..
tapi air mata aku nak menitis..
(tapi tak keluar pun)
bila tamatnya video ni..

sebab apa aku touching tengok iklan ni?
mungkin sebab mak aku pun macam makcik ini..
cuma bezanya mk aku takde kedai..
dia menjahit kat rumah..

aku ingat lagi..
zaman mak aku masyuk menjahit..
(masa tu aku masih sekolah rendah)
dia akan buat kerja rumah yang berat je..
kerja rumah yang ringan..
contohnya menyapu, basuh baju..
dia bulat-bulat dia serah kat aku..
(anak sulong la katakan)

ada masa juga..
bila mana dia tak sempat nak jahit..
benda-benda simple..
contohnya..
jahit butang, gosok baju, pasang span..
dia akan mintak aku buat..
pernah sekali tu..
aku dapat upah rm50..
sebab tolong dia..
besar tu rm50 untuk budak umur 10 tahun..

tapi sayang..
takde sorang pun dari anak-anak mak aku..
yang mewarisi kemahiran menjahit dia..
even aku..

orang keliling pernah cakap..
rugi kalau aku tak belajar menjahit..
tapi aku aku sempoi je cakap..
benda ni semua minat..
kalau dah tak minat..
tak boleh nak buat apa..

terima kasih wahai ibu..
kerana memahami kehendak anakmu ini..

jujur aku cakap..
seumur hidup aku..
99% baju kurung yang aku dan adik aku..
(termasuk baju melayu bapak dan adik-adik lelakiku)
adalah handmade dari mak aku..

pernah juga aku cuba tempah dengan orang lain..
tapi feel bila pakai baju tu lain..
maybe kalau dengan mak aku..
boleh directly cakap apa yang aku tak puas hati
(mak selalu cakap aku cerewet tapi rasanya adik aku lagi lebih)

dan dengan itu..
aku nak cuba..
dedikasikan kisah..
mak dan mesin jahitnya..
kat dalam cerita yang aku tangah nak tulis ni..
itu pun kalau tertulis la.. hiihi

Sunday, June 30, 2013

29062013

semalam telah berlansungnya..
final piala malaysia..
antara TRW vs JDT..

dan entri kali ini..
aku bukan nak mengulas..
game semalam..
sebab mesti ramai..
yang mengulasnya..

agak pelik sebenarnya..
aku bukan seorang peminat..
sukan bola sepak..
tapi aku beria nak dapatkan..
tiket final malaysia cup ini..

tapi malangnya aku tak dapat pun..
sebab tiket sudah habis dijual..
(tak la kecewa sangat sebab aku bukan la peminat tegar)
tapi kesian kat member yang semangat dan penyokong tegar..

walaupun aku tiket aku still pergi ke stadium
(saja tak de kerja nak tengok orang)
untung-untung ada orang jual tiket black market..
(ulat tiket la tu)

aku gerak dari rumah lepas zohor..
pergi jalan kat jalan TAR dulu..
(sempat lagi nak usha2 baju raya)
then nak ambik lrt kat masjid jamek..
tapi shock juga masa tu..
sebab kat platform ampang/sri petaling..
penuh denga sek dio joh..

malas nak berebut..
aku pun tukar platform..
ambik train dari sultan ismail..
dengan harapan boleh la dapat duduk..
tapi pun tak dapat..
sudahnya dari sultan ismail sampai bukit jalil..
train dah macam tin sardin..
penuh dengan sek dio jah..
tapi seronok tengok diaorang..
:)

ni video yang aku ambk masa kat lrt bukit jalin. (4.20 p.m)
 
 
sampai je kat bukit jalil..
aku terus cari kedai makan..
sebab perut dah masuk angin..
(dari pagi aku cuma makan sepaket maggi je)
lepas makan aku cari surau untuk solat asar..
surau memang ada..
tapi kecik je..
sampai kene beratur nak solat..
tp ni surau kat luar..
mungkin surau kat dalam stadium..
besar kot..
 
solat maghrib jemaah di luar surau (7.50 p.m)
 
lepas solat asar..
aku tak tau nak buat apa..
nak jalan panas lagi..
lagi pun aku datang sorang..
so aku memang takde idea nak buat apa..
sudahnya aku duduk je kat tangga nak naik ke stadium..
tengok penyokong-penyokong kedua-dua pasukan..
dalam hati berharap juga..
kot kot ada rezeki..
jumpa ulat tiket..
sambil-sambil tu.. aku ambk la gambar dan video..
(tapi video tak jadi sebab tak pandai ambik.. huhu)









tengah duduk lepak kat tangga tu..
ada la terdengar perbualan orang-orang kat situ..
nak menuduh tak baik..
tapi dari perbualan tu..
apa yang aku dapat tangkap..
ulat tiket tengah cuba jual tiket..
harga of course higher than market price..
tapi aku tak beli..
sebab tu tiket tuk TRW supporter..
sedangkan aku cuma bawak JDT pny jersi..
hihi..

bila cuaca dah sejuk sikt..
aku pun jalan-jalan la kat perkarangan stadium tu..
alang-alang dah sampai..
nak jugak beli something..
aku pun memang nak cari t-shirt
(bukan jersi tapi t-shirt)
tapi last last aku beli jersi jugak..
huhu

aku plan nak balik before maghrib..
tapi bila fikir balik..
takut tak sempat nak solat maghrib..
aku decide nak balik after solat..
tapi entah macam mana..
aku boleh terduduk kat depan skrin besar..
dengan supporter yang lain..
dalam hati aku terdetik..
"rupa-rupanya bukan aku sorang yang takde tiket"
supporter yang menonton live di channel Arena dari luar stadium

 
masa menunggu game start..
terdengar la perbualan para supporter..
sedih sebab tak dapat tiket, just dapat tengok kat luar je..
then ada yang jawab..
ada tiket pun tak guna sebab stadium penuh..
yang ada tiket pun tak dapat masuk..
sebab banyak tiket duplicate..
terpaksa tengok kat luar juga..
then ada satu young lady cakap..
ada satu pintu masuk pecah..
tu yang ramai main masuk je..
sampai stadium penuh..
tapi aku tak nak komen lebih..
sebab..
kesahihan nya aku memang tak tau..

aku balik lepas tamat first half..
takut tunggu sampai abis..
train aku pun habis..
hahaha..

apa-apa pun..
menang kalah adat bertanding..
tahniah pada TRW sebab dapat mengekalkan kejuaraan..
buat JDT jangan bersedih..
misi pasukan anda belum tamat..

peace..




JEREBU

last week..
tiada apa cerita..
yang nak di kongsi..
(statement macam apa je)

cuma orang banyak sibuk..
pasal jerebu yang melanda..
negara kita disebabkan..
hutan terbakar..

dengan IPU yang tinggi..
aku tetap kene pergi kerja...

dari workstation aku..
aku dapat lihat..
cuaca kat luar..
umpama hujan yang sangat lebat..
tapi cuba la keluar..
cuacanya panas yang amat..

jerebu kat tempat kerja aku..
isnin baru macam teruk..
bila masuk hari selasa..
it's become worse..
tapi alhamdulillah hari khamis..
it's become better..

jadi..
bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang..
jangan dah terantuk baru terngadah..
(ada kene mengene ke peribahasa ni)

aku share la sikit..
pic yang aku ambk..
masa hari isnin..
8.11 a.m

9.23 a.m
(stail malas nak bangun ambik gambar)

12.46 p.m

5.55 p.m

Tuesday, June 18, 2013

SAJA NAK MENGGEDIK

hujung minggu lepas aku jumpa aida
(salah sorang kawan aku kat uitm segamat)
saja nak lepas rindu..
(kononnya)
tapi yang sebenarnya..
aku ada hajat lain
heheheheh...

aida ni pandai make up..
time study dulu pun..
bila kita orang stress study..
aku akan suruh aida make upkan aku..
hihi..

so..
inilah hasil hujung minggu lepas..

muka nampak ayu je.. hahhaha

lirikan mata tu yang mahal... hihi
macam nak menangis.. hihi

susah rupanya nak buat photoshoot..huhu



rasa macam lydiawati pulak gambar ni.
hahaahha


ni bukan pinjam bulu mata che ta ye.. hihi

sangat suka gambar ni
 
 
tapi rasa tak adil kalau tak tunjuk wajah sebelum di make up
so kalau nak tau macam mana wajah sebenar aku..
ni dia..

 
 

jauh gila wajah asal dan wajah yang di make up..
tapi apa pun semua ni anugerah tuhan..
tuhan dah menjadikan manusia ni makhluk paling cantik..
di antara makhluk makhluk yang lain..
bersyukur la..





Monday, June 3, 2013

SATU CERITA YANG NAK DICERITA

al kisah..
hujung minggu lepas aku balik ke kampung..
balik semata kerana nak menghadiri majlis kahwin..
kawan aku masa sekolah menengah..

tapi apa yang nak aku cerita..
bukan pasal kemeriahan majlis itu..
tetapi apa yang terjadi kepada aku..
dimajlis itu..

dimajlis itu konon-kononya aku nak bergaya..
makanya aku pakai la kasut heel aku..\
yang tingginya lebih kurang 4 inci..
(tinggi x? hihi)

aku dah rasa cantik la tu..
dengan sepasang kurung putih..
kasut hitam setinggi 4 inci..
ber beg tangan gio fiore..
(perasan cantik sebenarnya)

kebiasaan bagi aku..
aku akan jumpa pengantin dulu sebelum makan..
nak dijadikan cerita..
masa aku sampai tu pengantin dah nak bersanding..
kebetulan aku datang dengan pengapit pengantin..
makanya aku kene tolong sipengapit ni..
sehingga selesai pengantin bersanding..
baru aku boleh pergi makan..

cerita sebenarnya bermula di sini..
apabila pengantin dah selesai bersanding..
mereka akan bersantap di meja makan damai..
(ni orang johor yang panggil, orang negeri lain aku tak tau dipanggil apa)
si pengapit confirm akan follow pengantin..
so aku kene la pandai pandai cari makan sendiri..
(bunyi macam sedihkan)

nak pergi makan kan..
so aku pakai la kasut aku..
yang tinggi tu..
bila aku start jalan..
aku rasa macam lain macam..
rasa tak stabil je..
aku assume sebab jalan tak rata..
(bayangkan la pakai kasut tinggi 4 inci jalan kat tempat berbatu)
tapi makin aku jalan makin teruk rasa tak stabil tu..

tiba-tiba tengah aku nak stabilkan diri..
aku dapat merasakan yang tumit kasut..
tidak berada di kedudukan sepatutnya..
dalam hati aku dah cuak..
aku pun cepat-cepat cari meja..
duduk dan periksa kasut tu..

dan hasilnya..
 


tapak kasut dah terkopak
 
 
nasib baik sipengapit ada kasut spare..
kat dalam kereta dia..
maka terpaksalah aku meminjam kasut dia sementara berada di majlis itu..
 
dan balik dari majlis kawin itu..
tanpa berlengah aku terus membeli kasut baru..
supaya lain kali tidak kalut bila hendak pergi..
pergi ke majlis yang selipar jepun tidak dibenarkan pakai..
heheheeh...
 
dan inilah hasilnya..


 
bukan satu tapi dua terus aku beli



Sunday, May 26, 2013

MEMORI TERINDAH

..."selagi ada hayat, selagi kepala boleh ingat, kenangan akan kekal terpahat" [tunas] hlovate...