Tuesday, September 29, 2015

WATAK

Alangkah indahnya hidup..
Menjadi Alang dan Nuha..
Berjumpa tanpa dirancang..
Berkasih tanpa diduga..

Bertuahlah hidup..
Menjadi Benz dan Addin..
Walaupun pernah ada benci..
Namun mampu bahagia diakhirnya..

Azril dan Lisa..
Dua karekter yang berlainan..
Namun bersatu atas satu rasa..
Itulah ajaibnya cinta..

Min dan AO..
Pernah saling kehilangan..
Namun atas kesabaran..
Takdir itu milik mereka..

Jade dan Trisy..
Bertemu atas kebetulan..
Saling menyokong antara mereka..
Kerana mereka berdiri di atas kapal yang sama..

Wednesday, September 16, 2015

SNOW BLUEBERRY CHEESE CAKE

Kek
100g - Tepung superfine
60g - Tepung jagung
6 biji - Telur (2 daripadanya hanya kuning telur)
100g - Gula kastor
1 sudu teh - Baking powder
2 sudu teh - Ovellete
50g - Air sejuk
75g - Mentega (Dicairkan)

Filling
250g - Cream cheese
5 sudu - Susu pekat

Cara-cara

Kek
1. Pukul telur hingga kembang.
2. Masukkan gula kastor dan pukul hing sebati.
3. Masukkan ovallete dan air sejuk.
4. Masukkan tepung superfine, tepung jagung dan baking powder yang telah dicampur sejak awal sedikit demi sedikit.
5. Pukul semua bahan hingga gebu dan sebati.
6. Masukkan mentega yang telah dicairkan kedalam aduan sebelum adunan dimasukkan ke dalam loyang.
7. Bakar adunan pada suhu 140°c selama 45 minit.
8. Setelah kej sejuk, belah kek kepada dua bahagian.
Sapukan blueberry filling di tengah sebelum cantumkan kembali bahagian kek tadi.

Filling
Putar cream cheese dan susu pekat hingga sebati.
Sapukan di keliling kek.
Untuk hiasan parutkan keju di atas kek.


Tuesday, September 15, 2015

SATU RASA

Pernah rasa tak..
Nak kenal dengan orang tu
Tapi rasa malu..
Nak tanya lebih lebih..
Takut orang cakap..
Hidung tak mancung
Pipi tersorong sorong..

Hai la rasa nak tau..
Tolong la pergi..
Masanya akan tiba juga nanti..
Doa la yang baik baik..

Tapi dalam pada nak suruh rasa tu pergi..
Tanya jugak..
Memang panas la muka..
Nasib bukan tanya berdepan..
Itupun mukadimahnya punyalah panjang..

So..
Dah tau kan..
Lepas ni harap rasa tu boleh pergi..

Monday, September 14, 2015

HAI AWAK

Hai awak..
Sampai hati awak tak reply whatsapp saya..
Whatsapp nak kenal dengan awak..
Awak takut saya nak mengorat awak ae..
Jangan takut la..
Saya cuma nak berkawan..
Tapi kalau awak dah ada awek..
Takpe lah..
Saya paham kenapa awak tak reply..

Sebenarnya saya takde la suka sangat kat awak..
Tapi tiba-tiba saya berminat nak kenal dengan awak..
Sebab ada orang marketkan awak baik punya kat saya..
Hahahaha
Siapa orangnya?
Biarlah rahsia


#kepalamasukair #hanyasukasukaje #janganambikhati

AKU HANYA INSAN BIASA

Bila baca tajuk dah macam tajuk lagu
Hahahaha
Padahal takde benda pun

Aku cuma insan biasa yang ada perasaan macam orang lain..
Semua jenis perasaan la..
Tapi aku ada satu (tak tau nk cakap kelebihan atau kelemahan) iaitu aku suka biarkan perasaan aku tersimpan dalam lubuk hati aku..
Gitu...

Bila perasaan tu dah lama sangat tersimpan, dia dah bercampur-campur.
Sampaikan kalau dia nak meletup pun, aku tak tau apa nama perasaan tu..
Yang pasti aku panggil dia mixed feeling..
Hehhehe

Macam yang tengah aku rasa sekarang..

Monday, June 29, 2015

KAU DAN KAWAN AKU

Kenapa mesti aku tahu pasal kau
Kenapa mesti kau buat macam tu kat kawan aku
Tak pasal-pasal sekarang aku asyik terfikir pasal kau
Fikir atas alasan apa sampai kau sanggup buat macam tu


Kau tahu tak
Pasal kau hidup aku haru biru
Sebab kau hidup kawan aku tunggang-langgang
Kerana kau hidup kawan aku masih celaru


Aku harap sangat
Kau akan cepat berterus terang
Walaupun jauh dalam hati aku
Aku nak kau hidup bahagia dengan kawan aku

Monday, April 20, 2015

SELEPAS SETAHUN

Perrgghh...
Rupa-rupanya almost one year aku tak menulis kat blog ni.
Banyak benda dah berubah dalam setahun ni.
Aku pun dah tak kerja kat Pt Sulong lagi..
Now aku dah jadi warga Johor Bahru.. Alhamdulillah..
Aku kat sini dah hampir 8 bulan dan akan terus berada di sini sehingga hujung tahun.. 
Kenapa hingga hujung tahun je?
Sebab kontrak aku sampai situ je.
After that kalau sambung aku akan terus berada di sini..
Jika tidak kenelah aku cari kerja lain..
Tapi harapnya aku boleh terus kerja di sini..