Thursday, April 1, 2010

hlovate..

5 tahun 5 bulan; novel pertama yang mengenalkan aku dengan penulis yang bernama hlovate..
masih aku ingat macam mane aku boleh terbeli novel ini..
dan memang pilihan aku waktu itu untuk membeli novel ini tidak sia sia..
walaupun pada mulanya aku sendiri tidak yakin dengan jalan ceritanya..

gaya penulisan yang ringkas dan bersahaja membuatkan aku makin teruja untuk terus membaca..
walaupun ada banyak terms yang digunakan tidak aku fahami..
jalan ceritanya yang segar dan tidak pernah digunakan dalam mane mana novel yang aku baca sebelum ini...
dari novel ini jugalah aku telah menjadi die hard fan dengan penulis ini..

dalam penulisannya, penulis tidak hanya membuai pembaca dengan kisah semata mata..
tetapi dalam ceritanya mempunyai banyak info jika diamati..
unsur unsur dakwah dan nasihat juga banyak diselitkan didalam ceritanya..
ini membuatkan cerita cerita penulis tidak kosong...

hingga kini penulis telah berjaya mengeluarkan sebanyak 5 buah novel dan 2 cerita pendek..
dan aku tidak pernah ketinggalan untuk memiliki karyanya..
bukan satu tetapi dua..
kerana keluarga aku juga meminati karya penulis ini...

No comments:

Post a Comment