Tuesday, December 14, 2010

SWEET SOUR


Ni novel yang aku baru je abis baca ari ni.. I took about 6 hour to finish this novel.. Kira cepat jg la aku khatam. (chait,, cuba la baca quran pn semangat mcm ni)

novel ni mmg ckp rasa sweet sour.. mengenali watak zarul dan joe jambul, mmg dua dua ada rasa sweet n sour..

zarul - sweet masa bercinta dgn alia dr zaman kolej hingga zaman bekerja.. sour bila dia terlalu mudah untuk melepaskan alia hanya kerana dia tidak kukuh berpendirian..

joe jambul - sweet bila dia sanggup menunggu alia yang baru hendak belajar menyintai dirinya.. sour bila dia melakukan perkara yang agak kejam pada alia hanya untuk memastikan bahawa alia hanya menjadi miliknya..

penulis mmg ckp pandai untuk mewarnakan watak watak dalam novel ini untuk tidak menjadi terlalu sempurna..

tp yg paling best komen mak aku..
"novel ni memang sengal"
hahhaha

SWEET SOUR - NASZ

A – Yang manis, harum lagi wangi itu Zarul

“Kira orang ni taraf cincin gula-gula ni ajelah.”
“Sepuluh ringgit tu.” Sungguh-sungguh dia cakap.
“Berkira... baru sepuluh dah kecoh... bukannya seribu pun.” Aku jeling dia.
“Banyak cakap pula... kalau tak nak bagi balik.” Dia hulur tangan kiri.

Tak tahu pula macam ni punya seronok apabila dapat cincin... walaupun hanya cincin gula-gula.
“Ni kira orang ‘cuplah’ ni.” Sambung dia lagi.
Aku simpan senyum. Tak boleh senyum depan-depan ni, nanti dia perasan!


B – Yang pahit, masam, masin, payau itu Joe Jambul

“Bayar cincin ni.” Kata dia. Betul ke ni, apa yang aku tengah dengar ni.
“What?” aku terjerit di situ.
“Pay for this.” Relaks aje dia mengarah aku lagi.
“Okey... saya bayar!” Aku jeling dia.

Tapi kan, juling biji mata aku tengok bil RM10 000 kat Tiffany tu. Gila ke apa? Batu planet mana dia pakai buat cincin bodoh ni!

* * *

Kenapa Zarul dan Joe Jambul sangat berbeza di hati Lia?

Gali jawapannya dalam Sweet Sour. Karya NASZ ini sungguh warna-warni dan santai persembahannya, anda tentu terpesona!

No comments:

Post a Comment