hujung minggu lepas aku balik ke kampung..
balik semata kerana nak menghadiri majlis kahwin..
kawan aku masa sekolah menengah..
tapi apa yang nak aku cerita..
bukan pasal kemeriahan majlis itu..
tetapi apa yang terjadi kepada aku..
dimajlis itu..
dimajlis itu konon-kononya aku nak bergaya..
makanya aku pakai la kasut heel aku..\
yang tingginya lebih kurang 4 inci..
(tinggi x? hihi)
aku dah rasa cantik la tu..
dengan sepasang kurung putih..
kasut hitam setinggi 4 inci..
ber beg tangan gio fiore..
(perasan cantik sebenarnya)
kebiasaan bagi aku..
aku akan jumpa pengantin dulu sebelum makan..
nak dijadikan cerita..
masa aku sampai tu pengantin dah nak bersanding..
kebetulan aku datang dengan pengapit pengantin..
makanya aku kene tolong sipengapit ni..
sehingga selesai pengantin bersanding..
baru aku boleh pergi makan..
cerita sebenarnya bermula di sini..
apabila pengantin dah selesai bersanding..
mereka akan bersantap di meja makan damai..
(ni orang johor yang panggil, orang negeri lain aku tak tau dipanggil apa)
si pengapit confirm akan follow pengantin..
so aku kene la pandai pandai cari makan sendiri..
(bunyi macam sedihkan)
nak pergi makan kan..
so aku pakai la kasut aku..
yang tinggi tu..
bila aku start jalan..
aku rasa macam lain macam..
rasa tak stabil je..
aku assume sebab jalan tak rata..
(bayangkan la pakai kasut tinggi 4 inci jalan kat tempat berbatu)
tapi makin aku jalan makin teruk rasa tak stabil tu..
tiba-tiba tengah aku nak stabilkan diri..
aku dapat merasakan yang tumit kasut..
tidak berada di kedudukan sepatutnya..
dalam hati aku dah cuak..
aku pun cepat-cepat cari meja..
duduk dan periksa kasut tu..
dan hasilnya..
tapak kasut dah terkopak
nasib baik sipengapit ada kasut spare..
kat dalam kereta dia..
maka terpaksalah aku meminjam kasut dia sementara berada di majlis itu..
dan balik dari majlis kawin itu..
tanpa berlengah aku terus membeli kasut baru..
supaya lain kali tidak kalut bila hendak pergi..
pergi ke majlis yang selipar jepun tidak dibenarkan pakai..
heheheeh...
dan inilah hasilnya..
bukan satu tapi dua terus aku beli





No comments:
Post a Comment