jam sekarang menunjukkan 12.04 pagi 12 mei 2013..
maknanya lagi 24 jam akan muncul 13 mei 2013..
dan waktu itu secara rasminya aku berumur 26 tahun..
untuk pertama kalinya..
aku yang failed bab-bab feeling ni..
nak menulis sesuatu tentang perasaan..
(macam poyo je la ayat aku ni)
ucapan ini saya tujukan khas untuk mak saya..
mak..
terima kasih..
walaupun dah hampir 27 tahun..
mak masih menjaga anak mak ni..
sentiasa ada masa untuk mendengar..
masih ada masa nak melayan..
benda-benda merepek dari anak sulung mak ni..
walaupun mak pening dengan sikap degil anak mak ni..
mak masih lagi sanggup mendidik anak mak ini..
supaya disenangi oleh masyarakat..
sebab kata mak..
"tak guna kau berjaya dalam pelajaran tapi kau gagal dalam hidup bermasyarakat"
mak tahu pelajaran penting dalam hidup..
dan anak mak ni takkan lupa..
apa yang mak dah buat masa itu..
untuk memastikan anak mak ini dapat sambung belajar..
mungkin sekarang anak mak ini tak mampu lagi memberikan yang terbaik..
seperti kawan-kawan mak dapat dari anak mereka..
tapi mak tak pernah kisah..
sebab mak tahu itu adalah tanggungjawab mak dari sang pencipta..
tanggungjawab yang tidak diharapkan balasan dunia..
tapi Insya Allah anak mak ini akan buat yang termampu dia lakukan..
terima kasih mak sebab melahirkan anak mak ni..
terima kasih mak sebab sabar melayan kerenah anak mak ni..
terima kasih mak sebab selalu mendengar cerita merepek dari anak mak ni..
terima kasih mak sebab selalu masakkan apa yang anak mak ni nak makan..
terima kasih mak sebab sayang dah kasihkan anak mak ni...
dan terima kasih mak atas segalanya yang mak dah buat untuk anak mak ni selama ni..
saya sayang mak saya PUAN NORHANAN H JAAFAR

No comments:
Post a Comment