Dalam satu tahun kebelakangan ini ramai dah kawan dan kenalan aku melangkah ke alam yang lebih serius dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan. Tak terkecuali sepupu aku yang baru je melangsungkan perkahwinan dengan wanita pilihan hatinya. Bila ingat-ingat balik dah tua rupanya aku.. hehehe…
Memang betul pun masa berjalan begitu pantas sekali. Rasanya baru semalam je aku menamatkan tingkatan lima padahal adik aku yang ketiga pun dah menamatkan zaman persekolahan dia.
Bercerita pasal pasangan hidup, sebenarnya aku memang rasa sunyi sebab sampai sekarang aku tak pernah ada pakwe lagi. Kawan tu ramai la tapi yang nak dijadikan boyfriend tu memang tak de lagi. Nak buat macam mana kalau mamat-mamat yang aku minat semuanya ada berpunya. Yang tak berpunya pulak demand. Kadang-kadang tu memang aku rasa free sebab tak ada komitment tapi tipu kalau aku tak rasa apa-apa bila tengok kawan-kawan yang lain duk tunang, nikah dan segala bagai tu. Dah la aku ni antara orang yang rajin pergi segala kenduri-kenduri kawin kawan-kawan aku tu.
As a conclusion, actually aku kena muhasabah diri aku sendiri sebelum aku mengeluh dengan apa yang aku lalui sekarang ini. Ini kerana apa yang berlaku adalah yang terbaik kurnian dari yang maha Esa. Jadi bersyukurlah. Mahu yang lebih baik, berusahalah untuk jadi yang belih baik. Bak kata Pn Nora, you do more, we give more.
No comments:
Post a Comment