Tuesday, January 11, 2011

HANYA MEMBERI PENDAPAT

baru je lepas tengok anugerah juara 25.. (dah terlambat satu hari sebenarnya..hehe).
tapi aku still nak tetap nak bagi pandangan aku pada anugerah yang satu ni..(gaya macam pengkritik pulak..hehe).. tapi aku cuma bagi pendapat untuk persembahan je la.. untuk bagi komen lagu dan lirik, rasanya aku takde kemahiran..

dalam 14 persembahan yang aku tonton tadi, ada beberapa persembahan yang menyebabkan aku terpukau..persembahan faizal tahir tentunya.. faizal tahir memang seorang yang kreatif dalam mencorakkan persembahan dia.. both performance dia aku suka.. tapi untuk lagu hanyut, perkataan yang 1st terlintas dalam hati aku masa tu adalah.. "wow.. it's amazing".. huhu.. persembahan lain yang menarik minat aku ana rafali, adira dan hafiz..

faizal tahir memang layak untuk memenangi persembahan terbaik..

mungkin vokal hafiz pada malam itu berada di puncak apabila berjaya merebut anugerah vokal..

lagu yang dicipta oleh ajai dan liriknya oleh shah qalam mampu menambat hati juri untuk memilih mereka untuk mendapat tempat ketiga..

sesungguhnya bakat anak muda kini tidak boleh dipandang remeh kerana mereka mempunyai idea yang segar untuk mencipta lagu dan lirik sepertimana taja dan tun teja bergabung dalam drama king yang mendapat tempat kedua..

pemilihan ana rafali sebagai juara memang di luar jangkaan..

memang adat dalam satu anugerah, rumah siap pahat berbunyi.. kepada sesiapa yang mempertikaikan perjurian untuk anugerah ini.. ingatlah bahawa juri itu adalah insan yang mempunyai kepakaran masing-masing dalam bidang mereka.. mungkin mereka namapak apa yang kita tidak nampak dalam anugerah ini.. dan sentiasalah ingat bahawa juara lagu ada untuk mencari kombinasi antara lagu, lirik dan penyanyi yang terbaik..

p/s:ini hanyalah pendapat aku sahaja.. sebab manusia mempunyai pendapat masing masing dalam menilai sesuatu perkara,,

No comments:

Post a Comment